Monday, November 15, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah atas kurnian segala rezeki dari Tuhan maha kaya. Usaha dari semua yang sama-sama memajukan Dameeya hantaran. Harapan kita cuma mahu pelanggan berpuas hati dengan karya-karya dari kita. Pada kita andai hantaran itu ditempah umpama kita yang mahu mengadakan majlis. Tentu sekali sepenuh jiwa kita curahkan untuk hasilkan sebaik hantaran.

Kita anggap hantaran perkahwinan sebagai wakil diri buat yang tersayang, mahu bagi yang terbaik, ingin sembahkan paling terindah,semuanya bagai kiasan untuk nyatakan rasa sayang pada seseorang. Tapi lumrah alam sudah termaktub,yang terbaik bukan senang didapati. Wang ringgit yang ukurkan semua dalam kehidupan. Kita tiada bezakan sesiapa dari wang ringgit. Kita sendiri bukan dari golongan berada. Kita cuma bagi yang terbaik sekadar yang kita mampu.

Tempahan hantaran perkahwinan yang diterima juga sekadar kemampuan. Seadanya diri itu lebih baik dari berpura-pura. Maksud kita usahlah berlebih-lebih. Faham rasa mereka jika dunia mampu kita gubah,jika angkasa mampu kita olah maka tak mustahil itu yang bakal diminta.Andai mampu tiada sekelumit kita melarang.

Nawaitu cuma mahu menolong;zahirkan perasaan mereka agar nyata.Kita disini berdoa agar mereka kekal hingga akhir hayat....

InsyaAllah..